Tuesday, November 23, 2010

memory : drawing class mr.M


hahahaha...!!! kenapa aku ketawa?? erm... sebab aku baru je lepas tertengok video macam mana junior aku kene dera oleh mr.M time present drawing. hahahahaha...!! teringat plak zaman aku present drawing. Nasib baik lah task selepas present tu tak berat sangat. Just buat lagu untuk mr.M. Agak punah jugak present aku time tu. Alhamdulillah sangkut drawing 2 je. Hahahahaha... . Tapi akhir nya lepas juga aku untuk complete kan segulung diploma. Tapi thanks a lot pada lecture Unikl yang didik aku akhir nya grad jugak walaupun agak payah. Seriously for sesiapa yang nak ambil Animation ni. First things yang korang perlu ada dan perlu sangat ada, adalah minat. Sebab apa korang perlu ada minat. Wey ko kene tempuh tempoh 3 tahun dengan penuh seksa kalau orang takde minat. Sebab kerja akan bertimbun sampai kadang-kadang korang terpaksa merayu pada lecture untuk tangguh kan submit date. Itu belum tambah redo lagi. Belum masok final project animation for 5 minit. 5 minit jangan ingat kejap je. Ok lah , for your information. 1 sec 24 frames. Apa macam ? dah dapat gambaran belum. Huhuhuhuhu. Ok untuk lagi simple. Korang bayangkan pergerak korang berjalan. Kalau betul-betul ikut timing animation yang aku belajar dari principle of timing yang di ajar oleh Mdm yoi. Rasa-rasa berapa frame untuk buat pergerakkan tu tak nampak kaku macam kayu. hahahaha...demmm boleh cecah sampai 100-150 frames beb. Baru nampak perfect. So sesiapa yang nak jadi animator. Sebelum nak jejak kaki. Fikir dulu, betul ke korang ada minat untuk jadi animator. Kalau korang memang rasa diri tu "born to become animator" silakan , aku salute korang, TAPI kalau korang rasa ambil animation sebab nak belajar senang. Buat-buat lupakan je lah. Baik ambil business study ke tak pun ambil subject yang korang minat. So last for not least. For lecture di Unikl specially for animation lecture. Thank you sebab selama ini didik saya, sorry jika rebungnya saya tak dapat di lentur ikut kehendak kerana minat saya telah saya jumpa. Di mana itu seni dalam pandangan di situ lah minat saya. Mungkin aliran graphic adalah aliran saya. Apa yang saya perlu hanya basic untuk terus melangkah maju. Insya Allah doakan saya. Thank you very much especially En.Zaki@qursany , Mr.M , Madam Yoi , Madam tuty,and many more. Thank you very much. Pengalam di Unikl saya takkan lupakan.



yang benar
chromatin yasir
(memory flashback)

Movie review : Easy A


Huargh!!! so kali ni aku tunjuk movie yang baru je lepas aku download dan tengok. Wah!! sangat syok!! naik stone pulak aku tengok emma stone ni! keh keh keh keh!! Jalan cerita orait. Not to heavy not to lite. Biasalah cerita macam ni. Pasal perkara yang hanya rumors boleh tersebar dengan laju nye. So korang boleh tahu macam mana keadaan sekolah tu. Kerana rumors yang bodoh sahaja 1 sekolah boleh tunggang-langgang. Hahahahahaha....most of the time aku tengok emma stone je! serious cute emma stone ni. Korang try cari mana yang nak download dan layan movie ni. For star review aku boleh bagi about 4 dari 5. So pergi cari dan layan! hahahaha!! stone stone stone stone!!


yang benar
chromatin yasir
(stone tengok emma stone)

Sunday, November 21, 2010

new artwork in the morning.


HuuAaaRrGHhH!!!! Selamat pagi. Aku belum tidur lagi. Lepas ni baru nak tidur kot. Sambil aku syok layan surfing kat abduzeedo. Datang plak inspiration nak buat huru hara kat dalam Photoshop dan Illustrator. So dapat lah hasil macam ni. Aku rasa ni artwork aku yang first untuk cuba edit gunakan colour light macam tu. Skill ni first aku tengok aku amat kagum dan cuba research dan try and error untuk buat line of light macam tu. Aku sewel jugak. Nasib bak lah ada kawan-kawan yang memang baik hati untuk ajar aku dan bagi aku tips untuk haluskan dan cantik kan line of light tu. Credit to Mighty Boo & Mr Maman sebab dulu korang ajar aku skill bulat line of light camtu. Cuma sekarang je aku terasa nak produce artwork macam ni. HhHUuUuAaAAarRrrGGggHHHhHH!!!!! ngantok nye. Tidur lah...ZZzzzZZZ




yang benar
chromatin yasir
(ZzZZzzzZZZ.....) -.-*

Saturday, November 20, 2010

Sunday morning!!

*Hasil contengan ni terjadi ketika malam tadi selepas aku baru balik pusing-pusing bandar. Ni ape yang terlintas dalam minda aku.

Wah macam pelik aku rasa. Update blog hari ahad pagi lagi. hahahahaha. Lepas baca blog incik Boo ( http://mightymightyboo.blogspot.com/ ) aku salute. So entry ni aku credit kan kepada incik Boo kerana lepas baca blog dia terasa semangat plak nak upload hasil conteng-conteng aku tak kira waktu yang aku hasilkan. Kalau ikut perasaan nak je aku upload 1 buku conteng aku. Takde makna nye aku nak buat macam tu kot. Hahahahaha! Thank you incik Boo.


p/s - dey boo jangan marah erk!! hahahahaha!!


yang benar
chromatin yasir
(conteng-conteng sampay pusing)

Friday, November 19, 2010

masalah????

Bermacam-macam perkara sekarang bermain di minda aku. Masalah biasa yang perlu di hadapi. masih gagah aku tempuh. Lately agak pening aku fikir kan 1 per 1 dari masalah ni. Waktu kian menghimpit. Adoi.... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk tempuh semua ni. Aku kian goyah di uji perkara seperti ini. Ish...!!! Selesai lah masalah semua ini. Firstly aku fikirkan masa hadapan aku ini. Masih kabur pening aku fikirkan. Kemana arah tuju aku. Masih kuat aku untuk aku setup graphic house aku ni. Keras hati aku untuk berkerja. Susah sekarang ni kalau berkerja bawah orang. Macam sampah kene pijak-pijak je. Rela aku kerja sendiri. Kesana-sini cari job sendiri. ish! pening beb. Tapi takpe...aku rela tempuh kesusahan sebelum aku rasai kejayaan. Nak business sendiri memang kene tempuh perkara macam ni. Ish-ish....

Sewa kat rumah ni kontrak dah nak sampai dah waktu. Akhir bulan 12 ni dah kene chiow. ish-ish....mana nak cari rumah sewa kat KL ni...ingat senang ke. Tambah lagi pening kepala aku ni. Aku macam dah nak give up je. Macam nak balik JB dan setel down kat JB. Tapi......jiwa aku bukan kat sana. Jiwa aku masih kuat untuk berdikari. Aku nak cari jalan aku sendiri. Hati aku macam rasa nak sambung belajar je. Ok ke nak sambung degree???? .... entah lah. Aku rasa hujung bulan ni aku nak balik JB kejap lah. Bincang ngan parents aku. Tengok macam mana pandangan diorang. Akhir bulan december ni aku akan buat final decision aku. Keputusan yang akan ubah hidup aku untuk selamanya.


p/s - kerja kerajaan ni bila lah nak panggil. Tua dah tunggu ni. Betul lah orang-orang tua cakap. kerja "gomen" lagi bagus. Orang kerja kita kerja. Orang cuti kita cuti. ish!

*hidup kadang-kadang kene rasa susah baru lah dapat rasa senang. Dunia kian berputar terus kehadapan bukan kebelakang. Aku mesti terus mengejar dan tidak akan berhenti.


yang benar
chromatin yasir
(jiwa kacau lately)

Thursday, November 18, 2010

Selamat hari raya aidil adha


Raya di Kuala Lumpur bersama Farouq. Banyak juga kali ni masjid Kampung Baru sembelih lembu. Lepas solat raya tumbang........erm!....sedar-sedar dah pukul 5 petang. Sungguh menarik untuk raya aidil adha kali ni.




yang benar
chromatin yasir
(sedih tak dapat balik raya haji)

Friday, November 12, 2010

preview custom album for wedding

preview of inside page

preview of inside page

preview of inside page

preview of album cover

TM
all the material is copyright under the extrumedia and chromatin design and photography

So ni lah antara kerja freelance aku. Wedding photography and sedia kan album yang telah di order oleh customer aku. So this time aku preview one of the custom album yang disediakan untuk pasangan mempelai. Bila aku ada masa terluang nanti aku akan upload custom album lain pulak. For custom album yang di edit oleh aku lebih kearah simple dan urban. Design dan editing akan keadaan majlis dan permintaan para mempelai. Kebanyakan customer yang di shoot oleh aku akan request custom album diorang something new and fresh. Kalau pasangan mempelai muda diorang akan request something yang unik , simple dan artistic.

Tapi buat masa sekarang aku hanya jalankan servis design dan editing. For photoshoot aku gantung camera buat sementara waktu kerana untuk focus main project yang aku jalankan bersama rakan karib aku. psst * itu rahsia so jangan tanya apa benda. will be revealed bile dah menjadi * . So untuk servis wedding photography boleh berurusan terus dengan mentor@sifoo aku Encik Din Spirits dan Encik Zaky Qursany atau korang boleh terus ke blog extrumedia dan boleh request for the package mengikut event atau majlis yang korang mahukan. Korang juga boleh baca tentang info dan services yang di tawarkan. Sambil itu boleh juga korang lihat gambar-gambar hasil kerja tangan sifoo@mentor aku. Jika korang nak request untuk servis aku boleh juga di request di sana dan sifoo@mentor aku akan cuba uruskan berpandu pada terma dan syarat. Di syorkan request for wedding better dijalan sebulan lebih awal supaya mengelakkan dari kepadatan jadual.


p/s - sorry aku sedang sibuk dengan project yang dijalankan maybe agak jarang meng'update' blog ye.




yang benar
chromatinyasir
(looking through the glass)