Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Bulan mulia bagi aku

Salam

Sedar tak sedar dah setahun kita hidup seperti biasa. Ramadhan muncul kembali. Bagi ku Ramadhan lah bulan paling aku suka. Tak tau kenapa. Setiap tahun ramadhan muncul aku rasa macam best gila. Sebab bulan ramadhan ni lah. Hati aku tenang je. Enjoy je. Rasa setiap waktu aku jalani ibadah puasa tu bermakna je. Cuma tahun ni agak rasa sedih sikit kerana untuk tahun ke tiga aku mulakan puasa pertama aku tanpa family kerana tidak dapat balik kampung. Rindu aku nak berbuka puasa pertama bersama mama dan papa. Ish-ish...baru je dapat panggilan dari mama mengingatkan ku tentang puasa dan niat sebelum aku tidur. Rasa rindu dan teringat waktu aku kecil-kecil dulu. Sebelum tidur mama atau papa akan duduk sebelah aku dan suruh aku baca niat untuk puasa sama-sama. Ish-ish...tapi takpa 2 minggu sebelum raya aku dah balik. Tu yang best kerja freelance. waktu kerja ditentukan oleh diri sendiri. Ramadhan-ramadhan terima kasih Ya Allah kau berikan aku nafas untuk aku sambut ramadhan sekali lagi. Semoga tahun ini Ramadhan akan berikan aku nafas baru untuk terus berkarya dan terus berusaha untuk berjaya dalam hidup ku. So untuk bulan-bulan puasa ni. Aku terfikir untuk buat sesuatu yang best. hehehehehe. Kali ini aku akan update blog dan cerita tentang ramadhan dan bagaimana aku lalui nya di tempat aku duduk sekarang iaitu KAMPUNG BARU. erm...bagi yang duduk KL mesti tahu Kampung Baru adalah port untuk mencari juadah berbuka puasa. heheheh. So bagaimana keadaan Kampung baru waktu orang mencari juadah berbuka puasa. hehehehe...aku akan update blog aku dan sertakan beberapa keping gambar bagaimana keadaan orang mencari juada berbuka puasa k.

thanks to all dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

yang benar
chromatinyasir
(huiyo...puasa dah erk)

Monday, August 2, 2010

mata itu senyum atau ketawa?

see you and watching you!

see you and watching you in bright light


Entah dapat idea ketika pagi-pagi aku tak leh nak tido! berbekal kan rokok sebatang terjadilah idea bodoh ni!! hehehehehe





yang benar
chromatinyasir
(tepu)