Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya . Rasanya belum lambat kot aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan belum awal untuk aku mengucapkan selamat hari raya. Sorry to All.. agak lama aku tak menulis new post kerana kesuntukan masa dan komitmen lain pada belajar ( assignment melambak tahap gaban) dan komitmen aku pada sosial life aku ( kuar dgn chenta hati dan kekawan) tapi komitmen aku lebih pada belajar aku kerana harap maklum saya sudah berada dalam tahun terakhir belajar saya. Hopefully grad tahun ni dan tak mahu repeat final project. Final project aku untuk sem ni agak tough kerana perlu menghasilkan 5 minit animation..hahaha padan muke( lect aku yg sempoi gelakkan ktorang) . So persiapan raya tahun ini, mungkin agak kurang sikit kerana aku dah besar panjang so tak perlu beli kasut baru dan semuanya serba baru. Taknak membazir. Kalau masa kecik-kecik dulu mungkin ye kot, mesti semua baru. So tiket bas balik beraya telah aku beli siang tadi di bangunan Mara di sebelah Pertama Kompleks (dkt2 dgn SOGO lah...) kali ni aku balik awal sikit mungkin kerana tahun ni puasa pertama aku tak dapat bersama family ku di Jb. So kene make up dengan diorang semua. habiskan puasa kali ini bersama mereka. Balik awal kerana tiket minggu depan kebanyakkan dengar cerita dah habis. So terpaksa lah aku balik awal. hehehe...(tapi sebenarnya suke) hehehe... owh...i think my mind already frozen up. so itu je yang dapat aku tulis buat masa ini. Insya Allah esok sebelum aku bergerak ke Puduraya untuk naik bas balik ke Jb. Aku akan cuba update about life aku k. So good night and selamat bersahur.



yang benar
chromatin * dies not death *
(tengah tunggu waktu bersahur)