Friday, December 31, 2010

2011



Happy 2011...




yang benar
chromatin yasir
(ZzZZZzzZZz....azam baru)

Tuesday, December 28, 2010

Wedding shoot.

Ini adalah antara shoot wedding yang aku rasa antara "the best" . Shoot ini adalah di ambil dari shoot wedding sri dan syafiq. Gambar ni aku ambil ketika pengantin perempuan turun dari kereta sampai ke masjid Abu Bakar , Johor Bahru. So that's all folks. keh keh keh keh..!!!


yang benar
chromatin yasir
(hehehehehehe)

Monday, December 27, 2010

selsema



hang kejap!


soluble...!!!

ZzZZzzZZZZZ


yang benar
chromatin yasir
(ZzzZZzzZz)

Saturday, December 25, 2010

what is that!! coming to you 2011



2011........coming to you!


yang benar
chromatinyasir
(secret is secret)

love lips and strawbery



new artwork from me.



regards
chromatin yasir
(strawbery, strawbery and strawbery)

Thursday, December 23, 2010

movie review



*picture taken from google

Sorry and loop, Aku lama tak update blog. Sebab lately ni agak busy dengan upcoming project for 2011. Tengah bersakit mencari sumber kewangan untuk upcoming project 2011. So sesiapa yang tiba-tiba check kat bank tu ade ringgit Malaysia 1 Juta. Lepas tu tak tau macam mana nak cambah kan sambil mendapat pengalaman susah senang. Leh jumpa aku. Tau saya nak ajar macam mana. Ops...!! gua bukan bisnes MLM ke cari downline ni. Senang je cara aku. Nak senang usaha , takda benda leh datang bergolek sambil meniarap depan korang. Campak duit sengih pastu bercambah. Bagi aku takda istilah itu. Org main saham pun berusaha, sakit kepala nak jual ke nak simpan saham tu. Chop!!! melalut pulak.

So beberapa hari lepas dan minggu lepas, Aku akhirnya berjumpa waktu lapang untuk aku habis kan bersama sayang aku dan rakan-rakan aku lepas tu. So in this post. Aku review 2 movie yang aku telah menonton. Both of this movie aku tunggu kan lah. Especially Tron Legacy. Macam nak gila tunggu dia keluar wayang. Confirm lah tengok 3d. Legasi mesti di teruskan. Memang aku suka tron. Sebab aku suka lighting effect dan paling best motor dia. *kalau dapat motor camtu kan best, tak yah susah fikir pasal parking. Ok so review for Tron Legacy memang tidak dapat di sangkal 5/5 star aku bagi. Jangan tanya reason, memang aku minat cerita ni. Dari zaman kevin fynn aku dan minat. hahaha. Kali ni sam fynn menyambung legasi bapak dia plak. Awek dia jangan di sangkal lagi. Olivia wilde terbaik wooo.....style rambut dia buat aku jatuh cinta tu. erk!! kang ada jugak aku kene cubit dengan awek aku. lightcycle dia kali ni lagi heaven! plus plak dengan kereta concept design terbaik! adoi!! tapi yang paling penting. Motor sam flynn pakai in real world, Ducati monster 1000 pastu pakai fleda lamp plak. Mana aku tak menggeletat tengok. So all in Tron Legacy terbaik dari ladang!

Ok cerita seterusnya. Director aku salute ni. Mamat Khalid. Kali ni return dengan Hantu Kak limah Balik Rumah. Masih kekal hero lama...alip wa ya.!!! awie!! terbaik juga cerita kali ini. Cuma ada babak-babak yang membuat aku pikior!! siot btol lah!! hehehehe!! lawak yang lite tapi berbisa. Bagi aku Mamat Khalid dia genius sebab dia power gunakan persekitaran. Kalau korang tengok movie dia. Dia olah pada tempat yang sama dan character in tak banyak berubah. Bagi aku dia faham dan mengerti kehendak dan kemahuan penonton. Serius aku cakap kebanyakkan korang pergi tonton movie ni sebab korang nak rasa macam mana funny zombie kampung pisang continue lagi kan. Dia pandai dan bijak maintain funny cerita tu. Dia bijak mengolah keadaan suspen untuk ditukar menjadi keadaan yang kelakar. Penceritaan character mengunakan loghat@telo perak. Menjadi walaupun kadang-kadang ada yang keras sket lah. Biasa lah. Story turn yang agak sakit hati juga sebab korang mati-mati ingat kak limah tu hantu tapi penyudahnya. Orang sakit mental. Moral value yang di sampaikan agak pedih juga. Bagi aku dia bijak dan dia cuba untuk ubah persepsi pemikiran masyarakat Malaysia ni jadi lebih baik. So review star chro untuk movie ini adalah. jeng jeng jeng 4/5 star. Good work tuan director Mamat Khalid. Teman pikior awok akan datang. Awok akan buat movie lagih besh lagi! teman sokong awok!



cecite!! cecite!!



yang benar
chromatin yasir
(cecite!! cecite!!....teman tengoh cite lah ni)

Monday, December 13, 2010

in the making



in the making.....

pengsan jap!

ZzZzZZzZZ.....


yang benar
chromatin yasir
(ZzZZz...............)

coming soon 2011


2011....... secret is about to revealed. Time to face the world. !! come on!!...


shhuuussshhh!!! (it's a secret)




yang benar
chromatin yasir
(shusshhh...!!!!)

Thursday, December 9, 2010

sedang tersekat dengan kerja.


So....sorry kalau aku agak lambat update. Sebab sekarang aku sedang busy dengan kerja dan upcoming project aku bersama mista leoconostocworm and bard k. heafy. Insya Allah ade rezeki kami akan launching project secara berperingkat. So 2 - 3 hari lepas ni aku dah laksanakan 1 tugasan shoot untuk montage video picture pre engaged. Encik zack dan bakal isteri. So video montage akan siap tak lama lagi. nantikan!!!....so pada korang. Aku akan upload di vimeo untuk korang tontan tapi selepas official launching video tu di majlis perkahwinan mereka k. hehehehe...





yang benar
chromatinyasir
(sedang main buaian waktu dan kerja)

Tuesday, November 23, 2010

memory : drawing class mr.M


hahahaha...!!! kenapa aku ketawa?? erm... sebab aku baru je lepas tertengok video macam mana junior aku kene dera oleh mr.M time present drawing. hahahahaha...!! teringat plak zaman aku present drawing. Nasib baik lah task selepas present tu tak berat sangat. Just buat lagu untuk mr.M. Agak punah jugak present aku time tu. Alhamdulillah sangkut drawing 2 je. Hahahahaha... . Tapi akhir nya lepas juga aku untuk complete kan segulung diploma. Tapi thanks a lot pada lecture Unikl yang didik aku akhir nya grad jugak walaupun agak payah. Seriously for sesiapa yang nak ambil Animation ni. First things yang korang perlu ada dan perlu sangat ada, adalah minat. Sebab apa korang perlu ada minat. Wey ko kene tempuh tempoh 3 tahun dengan penuh seksa kalau orang takde minat. Sebab kerja akan bertimbun sampai kadang-kadang korang terpaksa merayu pada lecture untuk tangguh kan submit date. Itu belum tambah redo lagi. Belum masok final project animation for 5 minit. 5 minit jangan ingat kejap je. Ok lah , for your information. 1 sec 24 frames. Apa macam ? dah dapat gambaran belum. Huhuhuhuhu. Ok untuk lagi simple. Korang bayangkan pergerak korang berjalan. Kalau betul-betul ikut timing animation yang aku belajar dari principle of timing yang di ajar oleh Mdm yoi. Rasa-rasa berapa frame untuk buat pergerakkan tu tak nampak kaku macam kayu. hahahaha...demmm boleh cecah sampai 100-150 frames beb. Baru nampak perfect. So sesiapa yang nak jadi animator. Sebelum nak jejak kaki. Fikir dulu, betul ke korang ada minat untuk jadi animator. Kalau korang memang rasa diri tu "born to become animator" silakan , aku salute korang, TAPI kalau korang rasa ambil animation sebab nak belajar senang. Buat-buat lupakan je lah. Baik ambil business study ke tak pun ambil subject yang korang minat. So last for not least. For lecture di Unikl specially for animation lecture. Thank you sebab selama ini didik saya, sorry jika rebungnya saya tak dapat di lentur ikut kehendak kerana minat saya telah saya jumpa. Di mana itu seni dalam pandangan di situ lah minat saya. Mungkin aliran graphic adalah aliran saya. Apa yang saya perlu hanya basic untuk terus melangkah maju. Insya Allah doakan saya. Thank you very much especially En.Zaki@qursany , Mr.M , Madam Yoi , Madam tuty,and many more. Thank you very much. Pengalam di Unikl saya takkan lupakan.



yang benar
chromatin yasir
(memory flashback)

Movie review : Easy A


Huargh!!! so kali ni aku tunjuk movie yang baru je lepas aku download dan tengok. Wah!! sangat syok!! naik stone pulak aku tengok emma stone ni! keh keh keh keh!! Jalan cerita orait. Not to heavy not to lite. Biasalah cerita macam ni. Pasal perkara yang hanya rumors boleh tersebar dengan laju nye. So korang boleh tahu macam mana keadaan sekolah tu. Kerana rumors yang bodoh sahaja 1 sekolah boleh tunggang-langgang. Hahahahahaha....most of the time aku tengok emma stone je! serious cute emma stone ni. Korang try cari mana yang nak download dan layan movie ni. For star review aku boleh bagi about 4 dari 5. So pergi cari dan layan! hahahaha!! stone stone stone stone!!


yang benar
chromatin yasir
(stone tengok emma stone)

Sunday, November 21, 2010

new artwork in the morning.


HuuAaaRrGHhH!!!! Selamat pagi. Aku belum tidur lagi. Lepas ni baru nak tidur kot. Sambil aku syok layan surfing kat abduzeedo. Datang plak inspiration nak buat huru hara kat dalam Photoshop dan Illustrator. So dapat lah hasil macam ni. Aku rasa ni artwork aku yang first untuk cuba edit gunakan colour light macam tu. Skill ni first aku tengok aku amat kagum dan cuba research dan try and error untuk buat line of light macam tu. Aku sewel jugak. Nasib bak lah ada kawan-kawan yang memang baik hati untuk ajar aku dan bagi aku tips untuk haluskan dan cantik kan line of light tu. Credit to Mighty Boo & Mr Maman sebab dulu korang ajar aku skill bulat line of light camtu. Cuma sekarang je aku terasa nak produce artwork macam ni. HhHUuUuAaAAarRrrGGggHHHhHH!!!!! ngantok nye. Tidur lah...ZZzzzZZZ




yang benar
chromatin yasir
(ZzZZzzzZZZ.....) -.-*

Saturday, November 20, 2010

Sunday morning!!

*Hasil contengan ni terjadi ketika malam tadi selepas aku baru balik pusing-pusing bandar. Ni ape yang terlintas dalam minda aku.

Wah macam pelik aku rasa. Update blog hari ahad pagi lagi. hahahahaha. Lepas baca blog incik Boo ( http://mightymightyboo.blogspot.com/ ) aku salute. So entry ni aku credit kan kepada incik Boo kerana lepas baca blog dia terasa semangat plak nak upload hasil conteng-conteng aku tak kira waktu yang aku hasilkan. Kalau ikut perasaan nak je aku upload 1 buku conteng aku. Takde makna nye aku nak buat macam tu kot. Hahahahaha! Thank you incik Boo.


p/s - dey boo jangan marah erk!! hahahahaha!!


yang benar
chromatin yasir
(conteng-conteng sampay pusing)

Friday, November 19, 2010

masalah????

Bermacam-macam perkara sekarang bermain di minda aku. Masalah biasa yang perlu di hadapi. masih gagah aku tempuh. Lately agak pening aku fikir kan 1 per 1 dari masalah ni. Waktu kian menghimpit. Adoi.... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk tempuh semua ni. Aku kian goyah di uji perkara seperti ini. Ish...!!! Selesai lah masalah semua ini. Firstly aku fikirkan masa hadapan aku ini. Masih kabur pening aku fikirkan. Kemana arah tuju aku. Masih kuat aku untuk aku setup graphic house aku ni. Keras hati aku untuk berkerja. Susah sekarang ni kalau berkerja bawah orang. Macam sampah kene pijak-pijak je. Rela aku kerja sendiri. Kesana-sini cari job sendiri. ish! pening beb. Tapi takpe...aku rela tempuh kesusahan sebelum aku rasai kejayaan. Nak business sendiri memang kene tempuh perkara macam ni. Ish-ish....

Sewa kat rumah ni kontrak dah nak sampai dah waktu. Akhir bulan 12 ni dah kene chiow. ish-ish....mana nak cari rumah sewa kat KL ni...ingat senang ke. Tambah lagi pening kepala aku ni. Aku macam dah nak give up je. Macam nak balik JB dan setel down kat JB. Tapi......jiwa aku bukan kat sana. Jiwa aku masih kuat untuk berdikari. Aku nak cari jalan aku sendiri. Hati aku macam rasa nak sambung belajar je. Ok ke nak sambung degree???? .... entah lah. Aku rasa hujung bulan ni aku nak balik JB kejap lah. Bincang ngan parents aku. Tengok macam mana pandangan diorang. Akhir bulan december ni aku akan buat final decision aku. Keputusan yang akan ubah hidup aku untuk selamanya.


p/s - kerja kerajaan ni bila lah nak panggil. Tua dah tunggu ni. Betul lah orang-orang tua cakap. kerja "gomen" lagi bagus. Orang kerja kita kerja. Orang cuti kita cuti. ish!

*hidup kadang-kadang kene rasa susah baru lah dapat rasa senang. Dunia kian berputar terus kehadapan bukan kebelakang. Aku mesti terus mengejar dan tidak akan berhenti.


yang benar
chromatin yasir
(jiwa kacau lately)

Thursday, November 18, 2010

Selamat hari raya aidil adha


Raya di Kuala Lumpur bersama Farouq. Banyak juga kali ni masjid Kampung Baru sembelih lembu. Lepas solat raya tumbang........erm!....sedar-sedar dah pukul 5 petang. Sungguh menarik untuk raya aidil adha kali ni.




yang benar
chromatin yasir
(sedih tak dapat balik raya haji)

Friday, November 12, 2010

preview custom album for wedding

preview of inside page

preview of inside page

preview of inside page

preview of album cover

TM
all the material is copyright under the extrumedia and chromatin design and photography

So ni lah antara kerja freelance aku. Wedding photography and sedia kan album yang telah di order oleh customer aku. So this time aku preview one of the custom album yang disediakan untuk pasangan mempelai. Bila aku ada masa terluang nanti aku akan upload custom album lain pulak. For custom album yang di edit oleh aku lebih kearah simple dan urban. Design dan editing akan keadaan majlis dan permintaan para mempelai. Kebanyakan customer yang di shoot oleh aku akan request custom album diorang something new and fresh. Kalau pasangan mempelai muda diorang akan request something yang unik , simple dan artistic.

Tapi buat masa sekarang aku hanya jalankan servis design dan editing. For photoshoot aku gantung camera buat sementara waktu kerana untuk focus main project yang aku jalankan bersama rakan karib aku. psst * itu rahsia so jangan tanya apa benda. will be revealed bile dah menjadi * . So untuk servis wedding photography boleh berurusan terus dengan mentor@sifoo aku Encik Din Spirits dan Encik Zaky Qursany atau korang boleh terus ke blog extrumedia dan boleh request for the package mengikut event atau majlis yang korang mahukan. Korang juga boleh baca tentang info dan services yang di tawarkan. Sambil itu boleh juga korang lihat gambar-gambar hasil kerja tangan sifoo@mentor aku. Jika korang nak request untuk servis aku boleh juga di request di sana dan sifoo@mentor aku akan cuba uruskan berpandu pada terma dan syarat. Di syorkan request for wedding better dijalan sebulan lebih awal supaya mengelakkan dari kepadatan jadual.


p/s - sorry aku sedang sibuk dengan project yang dijalankan maybe agak jarang meng'update' blog ye.




yang benar
chromatinyasir
(looking through the glass)

Monday, October 25, 2010

lightroom colour tone! best!





terpisat-pisat aku depan screen tiba-tiba datang plak idea nak adjust tone gambar-gambar yang aku selokar ni. So ni lah hasilnya. Sengih jugak bila dapat hasil camni. Aku malas nak gunakan muka orang lain. Aku guna muka sendiri lagi senang. Tak yah kredit atau bayar royalti pada orang tu. keh keh keh keh!!


p/s - ni tone ni aku amek preset dari internet dan adjust mengikut keadaan gambar. sekarang aku research tone yang sesuai untuk fashion picture dan conceptual art plak! agak sakit hati jugak tgk gambar-gambar pro photographer luar yang dapat tone gila gempak colour dia. cis sumpah aku jealous gila!. Aku akan usahakan untuk dapatkan tone tu!!!



yang benar
chromatin yasir
(mata berkaler-kaler)

Saturday, October 23, 2010

new hobby come with new friends

*picture taken from southern fix facebook. kredit tu duraath

Ok dude. " the best thing to do is ride with no brake" it is what i think!

Ni bukan propaganda atau ulasan untuk persidangan UMNO yang baru berlangsung kat PWTC tu. Aku bukan orang politik lah. For entry kali ni aku nak tunjuk hobby baru aku yang membuat aku addict dan tak reti duduk diam kaki tiap kali duduk. So This is Fixed gear. Sukan berbasikal yang memerlukan fokus yang tinggi dan tidak memerlukan brake yang proper dipasang di basikal.


Kenapa??...


Sebab Fixed gear menggunakan cog@prewel mati. So kaki tak boleh bersenang-lenang. Kene kayuh je! hehehehe...itu yang sangat syok dan thrill.

Apasal??...

Sebab aku suka lah aku beli basikal ni. keh keh keh keh

Bila??...

Aku beli basikal ni waktu pertengah bulan puasa. Banyak pancaroba jugak lah. Aku korbankan baju raya baru, seluar raya baru , dan macam-macam lagi.

Best??...

Sangat-sangat best sebab kita tak tau obstacle yang akan datang depan mata. Semua tu boleh berubah-berubah.

Ride dengan siapa??...

Kat KL ni aku ride dengan team Cog-roaches and most of the time Kitorang mash around KL kadang-kadang sampai bawa ke area PJ atau Damansara. Kitorang jugak ada buat hill-bombing di Bukit Tungku. Bila di JB plak aku akan ride dengan Pakyed walaupun berbeza setup bike tapi kitorang gembira(demm mcm blog bdk tadika)

Bila kau ride??...

Ok, Bila di KL aku akan ride pada hari jumaat malam. Sebab malam tu kira malam wajib bagi budak-budak yang berbasikal ni. Kitorang akan berkumpul di Pelita KLCC atau pun di Ampang Park LRT station around 9 p.m sebelum bergerak mash around.

so that's all for today, hari ahad pagi menaip ni adalah bende yang sangat tak best! Sebab bangun tidur menaip ni kadang-kadang datang idea kadang-kadang blur. huhuhu

so for blog yang menarik untuk mengetahui tentang fixed gear -

http://southernfix.tumblr.com/ - ni adalah blog southernfixed yang di moderate oleh Duraath

http://forum.grafa-design.com/ - forum untuk tanya dan jawab soalan tentang fixed gear di Malaysia

http://ratskl.wordpress.com/ - blog rats kl ( one of the fixed gear group yang kuat di KL )



p/s - bukan taknak tunjuk basikal aku, cuma yang biasa, buat lenjan dulu. sambil tu aku tengah kumpul untuk angkat yang lo pro dlu! hehehehe!!




yang benar
chromatinyasir
(brakeless)




Monday, October 18, 2010

maaf beribu maaf dari aku.

maaf sangat2 sebab aku dah lame gile tak update blog. Keadaan sekarang agak kucar kacir sebab aku tengah menstabilkan hidup aku. D40x jantung ku dah lame aku tak pergi mengganas sambil snapping conceptual style picture. Paru-paru ku Imac dah lama aku tak belek-belek alhamdulillah berkat bantuan housemate-housemate aku yang hensem dan kacak lagi bergaya, terima kasih kepada encik faroq sebab supply tenaga tambahan. Kepada encik bard k heaffy dengan senyuman lu format imac gua jadi tiptop, pergh terasa macam gua pakai honda civic 1.7 tapi dah bernadikan enjin k20 type r dc5.( pergh idaman kalbu tu ) ade bran??? ...target 5 years beb!! hehehehe!! ok back to bisnes!! lately agak busy dengan macam-macam hal! dengan waktu sebab kadang-kadang aku tak dapat pun sentuh mac aku ni pun. Selesaikan interview sana sini. Raya lagi. Chenta lagi. Rayuan pinjaman mara untuk buat potongan pinjaman pelajaran aku. Perkara paling best! convo aku beb! mak bapak aku muka bangga! chenta hati datang bagi bunga coklat! penyudah nye bos aku yang makan bunga coklat tu! sebab aku on diet for cycling. Ops...Lupe dah ade baby baru, tha blackie one with death cog! aku dah ade fixed gear dah! walau conversion bagi aku tetap menarik! thanks to ajib and geng cogroaches, kenalkan aku dengan lebih dalam dalam sukan fixed gear ni. Rasa-rasa nye leh jadi ke kuala lumpur messenger cam kat new york tu! ( tak dapat jack ) rumah aku dah tambah geng baru! baru meriah! hehehehe!!...ops lupa! Alhamdulillah susah payah cari kerja sambil buat freelance dimana-mana. Aku dapat kerja tetap di company book publisher. Menjawat jawatan paling cara... DTP artist @ desktop publisher artist handling cover and mostly book design. Walaupun gaji ditawarkan tak setinggi orang lain. Tapi aku tetap bersyukur Alhamdulillah rezeki Allah beri. Jalankan dan bersedekah semampu boleh. So after this most of my time will duduk mengadap pc di office. Insya Allah aku akan update selalu blog aku. Kapish...!! ( pengaruh godfather tak pernah habis )


p/s - Apa perkerjaan kita dapat dengan berkat usaha kita, terima sebagai pembelajaran ilmu baru bukan kerana tawaran wang ringgit. ( tu belakang cite beb)


yang benar
chromatinyasir
(Mula merangkak semula )

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Bulan mulia bagi aku

Salam

Sedar tak sedar dah setahun kita hidup seperti biasa. Ramadhan muncul kembali. Bagi ku Ramadhan lah bulan paling aku suka. Tak tau kenapa. Setiap tahun ramadhan muncul aku rasa macam best gila. Sebab bulan ramadhan ni lah. Hati aku tenang je. Enjoy je. Rasa setiap waktu aku jalani ibadah puasa tu bermakna je. Cuma tahun ni agak rasa sedih sikit kerana untuk tahun ke tiga aku mulakan puasa pertama aku tanpa family kerana tidak dapat balik kampung. Rindu aku nak berbuka puasa pertama bersama mama dan papa. Ish-ish...baru je dapat panggilan dari mama mengingatkan ku tentang puasa dan niat sebelum aku tidur. Rasa rindu dan teringat waktu aku kecil-kecil dulu. Sebelum tidur mama atau papa akan duduk sebelah aku dan suruh aku baca niat untuk puasa sama-sama. Ish-ish...tapi takpa 2 minggu sebelum raya aku dah balik. Tu yang best kerja freelance. waktu kerja ditentukan oleh diri sendiri. Ramadhan-ramadhan terima kasih Ya Allah kau berikan aku nafas untuk aku sambut ramadhan sekali lagi. Semoga tahun ini Ramadhan akan berikan aku nafas baru untuk terus berkarya dan terus berusaha untuk berjaya dalam hidup ku. So untuk bulan-bulan puasa ni. Aku terfikir untuk buat sesuatu yang best. hehehehehe. Kali ini aku akan update blog dan cerita tentang ramadhan dan bagaimana aku lalui nya di tempat aku duduk sekarang iaitu KAMPUNG BARU. erm...bagi yang duduk KL mesti tahu Kampung Baru adalah port untuk mencari juadah berbuka puasa. heheheh. So bagaimana keadaan Kampung baru waktu orang mencari juadah berbuka puasa. hehehehe...aku akan update blog aku dan sertakan beberapa keping gambar bagaimana keadaan orang mencari juada berbuka puasa k.

thanks to all dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

yang benar
chromatinyasir
(huiyo...puasa dah erk)

Monday, August 2, 2010

mata itu senyum atau ketawa?

see you and watching you!

see you and watching you in bright light


Entah dapat idea ketika pagi-pagi aku tak leh nak tido! berbekal kan rokok sebatang terjadilah idea bodoh ni!! hehehehehe





yang benar
chromatinyasir
(tepu)

Friday, July 30, 2010

with the small brain come with small responsibility


digital graphic by chromatinyasir


got inspiration from travis price artwork


Ramai yang ragu-ragu dengan aku boleh ke aku wat design. bukan aku tak nak uploads di blog or facebook. mungkin lack of confident kot! so bile aku dah confident dan ni artwork aku yang aku rase aku confident nak uploads. Thanks to mr maman sebab tak sia-sia aku melepak sambil berguru ngan kau untuk ingat kan blek skill-skill. thanks bro!



yang benar
chromatinyasir
(with small brain come with small responsibility) hehehe

Monday, July 26, 2010

kehidupan dan perjalanan

*gambar ketika aku shoot di bukit bintang bersama-sama kawan-kawan sifoo.com

Kehidupan..??? apa yang aku tahu tentang kehidupan. Perjalanan..??? kehidupan dan perjalanan atau perjalanan kehidupan. 2 perkataan yang membawa maksud yang berbeza bila kita terbalikkan sahaja. Dunia..!! aku senyum bila aku katakan aku masih bernafas dan boleh untuk fikiran apa yang aku mahu lakukan esok. Perjalanan hidup hanya akan berhenti bila kau hembuskan nafas kau terakhir di dunia. Ada orang yang meratapi nasib setiap hari dan tidak mahu berubah. Percaya aku mahu berubah setiap hari. Untuk aku jadi lebih baik esok hari. Kenapa kau lupakan yang semalam. Semalam adalah sejarah untuk kau jadi lebih baik untuk hari ini dan esok. Setiap manusia dah tertulis dari azali lagi perjalanan hidup nya. Cuma kita tidak dapat merasainya dan mengetahui. Itu rahsia Yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui segalanya. Mungkin malam ni aku agak emosi. Entah hidup aku cara aku. Kerana aku berfikir dari setiap penjuru apa yang aku lihat. Bukan aku fikir apa yang aku lihat sahaja. Tidak normal nya aku. Ini adalah aku!!!





yang benar
chromatinyasir
(cuba melihat dunia dari setiap segi kehidupan)

Sunday, July 25, 2010

district re-launch..!!


24/7/2010 - district re-launch ..

nice party!! so to district. gud luck n have a good bisnes!! gua mmg syok dpt lepak kt sane!!






yang benar
chromatinyasir
(xde idea nk update blog)

Friday, July 23, 2010

secret



gua tak tau kenapa gua minat lagu ni. Lagu ni mcam cerite pasal gua. Terasa macam real je! memang lagu ni the best. Semua orang ade rahsia sendiri. ni gua sertakan lirik :-

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

Thursday, July 22, 2010

Aku atau kau

Kalau aku cakap aku adalah aku,
apa yang buat kau berbeza dengan aku,
aku bisa berkata-kata,
kau juga bisa berbicara,
kalau aku tahu apa itu cinta,
kau juga pernah merasa apa itu cinta,
kalau aku merasa apa itu kehidupan,
kau juga pernah melalui kehidupan,
aku lalui keperitan,
tapi kau lalui kesenangan,
aku jerit bila kehidupan menyakiti ku,
tapi kau menangis kerana kau sakit di sakiti,
mungkin aku atau kau,
pernah merasa apa itu perbezaan,
duduk diam,
lihat keliling mu,
pandang dengan mata hatimu,
kita ada persamaan,
kita ada perbezaan,
yang penting,
aku atau kau,
makhluk tuhan yang maha esa,





yang benar
chromatinyasir
(sambil layan kepala ngantok)
03.51 a.m


cara gua , hidup gua

Start ari ni. bile gua rasa nak update gua akan tulis ikut cara gua. sorry kalau cara gua menulis ade lebih kurang cam blog2 yang gua baca contohnye http://hilangpunca.com ( ni blog paling best dan rare bagi gua) http://hapacrita.blogspot.com ( gua gelak guling2 bile baca blog ni ) dan mcm2 lagi!!
mungkin sebab gua relealise cara kita adalah imej kita!! gua bukan jenis bermuka-muka nak menulis secara kaber2.!! memang ini cara gua , cara anak Johor Bahru di besarkan! ( except for the gua Lu tu..mmg gua jenis ckp aku kau @ gua lu ) hehehehe....




yang benar
chromatinyasir
(cara gua , hidup gua )

Jonker street Melaka


Melaka bandaraya bersejarah!!


salah 1 gamba patung gua amek masa kat kedai antik!! sengeh!!

gua ingat ni dulu port diorang terbit surat khabar kot!! gua nak usha masok tapi tutup!! chebai!!


t-shirt yang bagi aku sangat rare!! aku usha mintak dia jual kat aku. dia sengeh sambil kata "ini tatak juai punye ma!!"...gua hampa beb!!


the very great art artist aku jumpe di Jonker street!! let go all the city life just to do the art!!
ni baru rare bagi aku. Dia tgh lukis t-shirt pagoda mampus cun sambil minum tiger beer!! hehehehe


gua jalan-jalan gua jumpe ni!! gua shoot gamba lah



Sungai Melaka! nyaris gua tak terjun tiruk kat sini!! air dia nampak cam best plak!!

Hari selasa yang lalu, gua saje je ikut kakak angkat gua gi deal bisnes kat melake. Bisnes jual kuih raya. Tapi gua tak amek port. Sebab bukan inline gua nak jual kuih raya macam makcik-makcik kat ofis mak gua tu. geng-geng tapawere. Sambil jual sambil gosip pasal drama kat tv3 pukul 6.30 tu. Gua pun pelik macam mana diorang leh tak miss drama macam tu. Tapi memang syok layan drama-drama macam tu ( shit gua dah melalut ) ok back to bisnes. Pas deal bisnes tu diorang ajak jalan-jalan kat jonker street melaka. Memang gua tunggu saat tu. Gua tgk Camera kat dalam beg ni dah rebel nak shoot gamba. Tak reti nak sabar punya camera. Bagi gua lah Jonker street is a street for art things. Tak tau lah gua rasa je. Walaupun dapat jalan-jalan kejap je! gua dah rasa true habis! syok owh!! next time gua nak return!! gua nak shoot puas-puas!! sabar erk camera!! lek dulu!! hehehehehe!!



yang benar
chromatinyasir
(gua syok gile)


Monday, July 5, 2010

pancaroba

susah nak hidup, tapi kene teruskan jugak, masih bernafas dalam lumpur ni. ish2 ape yang perlu aku buat erk?? pening aku nak fikir ni. cari kerja lah!!



yang tengah pening kepala,
chromatinyasir
(cari kerja, cari kerja)

Thursday, June 24, 2010

Kembali di kuala lumpur




Dah kembali aku semula ke Kuala Lumpur. Turun bas sambil tunggu awek aku amek. Berpinar kejap kepala agak lama tak sedut udara KL ni. Langkah dah bermula untuk aku setup hidup aku kat sini. So pasni kene bertungkus lumus cari kerja. Kene ade gaji tetap sambil tu leh wat freelance shoot wedding atau wat design. hehehehehe(suke benor ko dah smpy kl eh yasir) first target aku adalah spend time ngan awek aku. Kesian dia....agak lama aku tinggalkan. Balik Jb lama sangat. Tapi takpe bagi dia ruang dan waktu untuk siap kan segala assigment yang melambak sedang mamah dia. hehehe(suke ko ketawe kan org eh). So kali ini target mesti tepat, content mesti mantap, jangan goyah dengan dugaan, dan tawakal berserah pada yang maha esa. Bukan aku tak nak stay JB dan kerja kat sana. Cuma aku rasa peluang di KL dengan kelulusan aku ni lagi besar. So take a step to 1 new life. Sambung study...????erm....kerja dulu lah..ingat nak sambung guna duit sendiri. Sampai bile nak menyusahkan Mak Bapak kene support. berdiri atas kaki sendiri. Dah 21 tahun diorang sponsor aku. Bila masa aku nak sponsor diorang g naik haji. Mama dah berbunyi dah, teringin sangat nak tunai kan rukun islam tu sambil tengok kaabah. Papa sama je, terasa nak pergi. So aku kene kerja kuat nak sponsor diorang ke sana. Bukan sikit anak siot duit nak pakai buat diorang ke sana. So teguh kan target. KUMPUL DUIT UNTUK DIORANG.....aku menulis ni pon time azan magrib...semangat bukan main berkobar-kobar...apa lagi..gi smayang lah beh....grak dulu..


yang benar
chromatin yasir
(xde civic blom beli honda civic lagi)

Thursday, June 3, 2010

di JB (asal ku)

Johor Bahru atau kita panggil JB....hehehe...tu lah bandar di mana aku di besar...ape yang best kat JB erk....erm...jap jap jap aku fikirkan....ada kawan-kawan, ada kancil turbo aku(ekzos bising yang belum buang boost cut) ...ish-ish...ada aktiviti yang baik mahu pun kurang baik...hehehe..biasa lah remaja nak menginjak dewasa...hehehe...di JB terus terang aku cakap memang aku akan jadi yang tak reti duduk rumah...ada je tempat aku nak pergi atau pun melepak...kawan-kawan pun jenis yang active..biasa lah...dah sebulan aku berada di JB ni...macam-macam perkara berlaku..tapi yang tak best nye..aku balik JB ni jadi pengangur..so the money agak tak best lah...keluar rumah kadang-kadang RM10 je..isi minyak kereta dah habis...ish-ish...sedey...macam-macam nak beli plak tu...sedeynye...( i wanna be billionaire..so fucking bad) so waktu sebulan aku mengangur dah tamat. lepas ni...pack barang aku akan lincah kaduk balik KL dalam waktu terdekat ni..so mungkin aku akan ada banyak masa untuk update blog ni...kerana mak aku dah potong internet di rumah...ish-ish...dia kata takde sapa nak pakai kecuali aku..ish-ish...sedey....


p/s - aku masih bercuti...jangan ganggu...hehehehe(kalau ganggu pukul pakai seliPUS)

yang benar
chromatin yasir
(saya seorang penganggur sekarang)

Saturday, April 17, 2010

malam minggu..??

mula-mula agak pelik kenapa orang kata malam minggu adalah malam paling meriah. tapi bila aku melalui nye untuk kali pertama waktu itu tahun 2003. form 3 rasanya. kali pertama keluar malam bersama rakan-rakan. hahaha..memang terbaik. selepas itu aku akan menanti waktu itu sebab esok ahad cuti tiada apa-apa aktiviti kecuali. kene heret dengan awek aku keluar pergi bandar..(aku pon tak ingat sape awek aku time tu. dah lame siot..hahahaha...ade ke awek time tu???) setiap malam minggu yang aku lalui ada je cerita yang buat aku akan ingat sampai bila-bila. agaknya waktu malam minggu adalah waktu paling meriah bagi aku waktu itu. sebab waktu itu adalah waktu kebebasan bersama-sama rakan-rakan. tapi bile umur menginjak dewasa ni. Aku jadi kurang pulak. keluar bila betul-betul rasa bosan dirumah. biasa lah..selalu nye tag aku keluar malam minggu di kuala lumpur ni..siapa lagi..housemate aku lah. kebanyakan aktiviti yang kitorang buat adalah melepak bersama rakan-rakan. agak-agak dah ngantok..baru balik tidur. Tapi bila aku dah start practical ni. jadi malas nak keluar. Bila ahad je keluar bersama chenta hati. Baru aku betul-betul rasa kehidupan orang yang bekerja mengikut waktu pejabat. 9 punch card in, 5 punch card out. huhuhuhu..so for tonight adalah waktu mereleksasi bersama diri sendiri melayan movie sambil buat apa yang aku buat.


p/s - sorry aku tak dapat update selalu kerana tengah busy denganreport practical dan kerja mendesign sambilan aku..ish2..pening2...


yang benar
chromatinyasir
(malam minggu yang releks kali ini)

Wednesday, March 24, 2010

hidup aku

mata buka bukan tanda bangun. mata kelip bukan tanda cergas. cuma kadang-kadang jasad bergerak tapi roh masih tinggal dalam dunia aku sendiri. Dalam dunia aku cuma ada aku dan imiginasi aku yang kadang-kadang membuat aku khayal dalam dunia sebenar. Kadang-kadang aku fikirkan apa yang kita perlu buat untuk hidup lebih bahagia. Aku suka jalan tika malam waktu itu insan yang bergelar manusia normal sedang tidur. Malam waktu paling tenang untuk aku berinspirasi. Tangan gegam pen dan buku. Aku coretkan sebuah inspirasi lukisan yang tak berstroke atau berprinsip. Ya itu memang gaya aku. Bebas membuat apa yang ku suka. Aku letakkan Agama sebagai batas dalam hidup ku. Supaya aku masih lagi di jalan yang diredhai bukan jalan yang dihina dan dimaki. Kalau aku masih dalam dunia khayalan ku. Biarkan aku masih lagi menanti saat untuk aku sedar dan berinspirasi sebanyak mana aku mahu. Kerana apa yang aku tahu dalam HIDUP AKU cuma aku dan cara ku. Kadang-kadang manusia perlu hormat manusia tapi kalau dah kurang ajar bukan tanda benci cuma memberontak tanda memberi. Bukan selalu angguk kadang-kadang perlu geleng tanda tidak setuju. aku hidup aku.


coretan tika ngantuk oleh aku
chromatinyasir

Sunday, March 7, 2010

alice in wonderland.???? alice cooper gua tau lah..


hehehe...agak lama jugak aku menanti cite alice in wonderland lakonan johnny deep ni...aku taknak tengok yang biasa punya...aku nak layan 3d...so...masih berpeluang nak tengok lagi...akan aku cuba mencari waktu untuk menonton cerita tersebut bersama orang tersayang...try-try usha waktu..

so kali ini aku tak dapat nak menulis secara panjang lebar kerana ketiadaan idea..sebab ketika ini aku tengah layan cerita percy jackson..layan-layan...sampai terbalik..huhuhuhuh

Friday, March 5, 2010

sabtuday

..........

aku kerja....


:(





yang benar
chromatinyasir
(HUaRgh!!!! ngantoknye....)

sabtu

selamat hari sabtu...




gile ape sabtu keje...





yang benar
chromatinyasir
(pasrah nye)

Monday, March 1, 2010

tengah hari di ofis

huiyo....agak berpinar mata aku dan minda aku ni nak cari idea nak buat full design of brochure...biasa lah hidup jadi graphic designer ni(ceh baru practical je yasir) kene cipta design yang baru( otak asyik beku je ) habis buku dalam ofis ni aku kumbah campur lagi surf internet tengok design yang unique untuk di jadikan rujukan jika baik-baik aku dapat task buat brochure bila siap jadi poster plak. hehehehehe.

Ceritera untuk semalam..

semalam agak berbulu jugak hari yang indah jadi kelam. ye lah mendung pastu hujan campur dengan kilat sambung menyambung di tambahkan lagi bunyi alarm kereta dan motor yang alah-alah motor besar sebab pasang alarm dan auto start yang boleh di tekan guna remote alah-alah kereta mewah. punch card pukul 5 lebih dan terus tembak ke KLCC bersama office mate aku semua. Tengok pameran perabot MIFF yang berlangsung di convention center hall 4. Bagus untuk mereka yang berada di arena interior design dan sama waktu dengannya. aku ni buat nyibuk je pergi tapi tengok perabot yang design alah kontenpelari itu..dapat jugak sedua design dalam minda aku. Time hujan-hujan tu aku lepak kat kerusi yang di sediakan sepanjang jalan diluar hall tertengok aku kat luar pondok yang berada di taman. Ketawa, senyum-senyum...aku ok lagi tengok macam tu....cium pipi...mata ini masih melihat tapi biasa je...cium mulut......mata ini mula membesar sikit.....cium kat leher....ah siot lah diorang boleh berasmara dana kat taman KLCC...





semua senyap......aku tengok member aku semua lepas itu aku tengok sekeliling aku


mata semua tengok kat pasangan tu....carutan pertama bermula dari mulut aku sendiri...SIAL LAH!!!...PAKAI TUDUNG TU....(astaufirullah al-azim) istifar aku tengok...aku ni bukan nya baik sangat pun...tapi aku tahu apa yang di panggil maruah wanita....ish2 sedih aku tengok budak-budak zaman aku sekarang. kalau dah rasa boleh tanggung dosa zina tu pergilah buat kat hotel...takda lah kitorang ni semua dapat dosa free melihat benda macam tu. bukan sekali kelip tu dan berapa kali kelip dah aku ni..ish2...dosa yang sedia ada berbakul-bakul ni..tak larat nak tambah lagi...malaikat kat bahu kiri aku ni catit dalam tangisan je ..hari-hari kene kerja overtime sebab nak catit dosa aku ni...aku sedar aku ni manusia hina dalam dunia yang fana ini...hanya hamba ALLAH yang maha esa je..dosa dan pahala tak akan dapat lari dalam perjalanan hidup kita ni..so aku nak kene hidupkan lesen yang last day adalah hari ini..kalau tak hidupkan esok aku akan dapat title yang aku lama tinggalkan semasa aku sekolah menengah dulu...title lesen agung( erti kata lain membawa kenderaan tanpa lesen) ish2...



jom makan....nyam..nyam!!!...nyam!!!...nyam!!!...huhuhuhuhu...


nota sekelumit kaki - semalam tengok bende macam itu buat aku hilang idea design aku...siot lah..




yang benar
chromatin yasir
(lesen aku mati)

Sunday, February 28, 2010

harap maaf!!

sorry lah wey aku lame tak menaip...sebab kesuntukan masa dengan kerja di tempat practical aku tu dan waktu aku yang banyak aku habiskan dengan dota dan melepak bersama chenta dan kekawan...aku cuba menaip sebanyak kali mungkin.(insya ALLAH) so kali ni aku menulis dalam keadaan tak boleh tidor di hari isnin pukul 2.52 am( pagi lah tu...) adoi...esok pepagi dah kene bangun nak pergi kerja...la la la kerja...ish2...cam malas..tapi kena pergi jugak...aku ingat dalam minggu ni kene amik cuti sebab nak kene setelkan yuran U dan hidupkan lesen aku..ish2...dah 1 haribulan dah..kene hidupkan cepat ni..kalau tak habis macam mane aku nak merempit kalau di tahan polis...surat cinta sayang kang aku dapat...ish2..so kene lah hidupkan cepat...sorry selama aku berdiam ni..bukan kosong je...ade lah sikit mencari ilmu akhirat dan dunia ni...dan agak busy mencari waktu yang sesuai untuk aku edit gambar..bila tiba waktunye aku akan uploads gambar shoot wedding dan memacam lagi yang telah siap aku edit.

ish2 roomate aku dah tidur...best je tengok dia tidur....lyn je..aku ni masih terkulat-kulat nak tidur susah dengan nyamuk yang datang attack aku macam jet air force tembak godzilla...kang aku tepuk kang penyek plak...tapi takpe dah masuk 3 ekor aku tepok penyek..ah gigit aku lagi....asapkan je lah dengan dunhill ni(baguslah tu...habis duit beli rokok je...yasir2). waktu malam camgini plak aku boleh rindu kat mak bapak aku...harap sihat lah diorang kt jb tu..rindu aku nak balik jb..asyik lah tak dapat sebab sabtu kene kerja..nak buat camne...aku habis je practical ni...aku dok jb sebulan dua..lepas rindu kat diorang...aku selalu pegang falsafah hidup aku...sejauh mana kita terbang..jangan lah kita lupa mana sarang kita...kalau kita lupa hanyut kita ditiup angin yang akan sesatkan kita dan mendarat pada tempat yang tak patut kita mendarat...aku noktahkan dekat sini dulu..try pejam mata walau pun susah...k gudnite




yang benar
chromatin yasir
(tak bley tidor lah wey)

Sunday, February 14, 2010

ahad dalam english is sunday

huiyo....kali ini tidur aku paling masyuk sekali...sebab aku bangun tepat azan zuhur masuk(ish2 terok tol lah kau ni yasir..subuh kemana???) hehehehe....bangun je...aku buka pc..buka radio..agak lama tak layan radio...kat rumah tiada radio so gunakan lah internet yang telah ku pasang dan kulanggan semasa pc fair tahun 2008...pergh!!! dah 1 tahun lebih aku pakai streamyx...(ceh orang lain dah pakai betahun dah) . bakar rokok dulu sebelum pape...srup!!! huiyo....masyuk gile...ok dah center kepala aku ini. Aku bangun cari baju kotor basuh mana nak pakai je lah nanti...aku campak dalam washing machine...pastu basuh...huiyo...senang tol ade washing machine...takde lah pening kepala nak membasuh...kalau tak hantar dobi je...mahu bengkok poket aku ni...ish2...pastu surf tenet....aku cari info tentang hari ini...ape yang berlaku di dunia sekarang...(ambil tahu jugak yasir ni eh??) hehehe..pas selesai semua kerja mandi dan bersiap...aku nak kuar ngan chenta...dating puas-puas dulu..malam ni aku pukul habis siapkan semua keje yang diberi...yasir u can do it...YeArGh!!!!!!!!!!!.........tapi malam ni aku nak layan DOTA(ish2 :( ) hehehehehe..



yang benar
chromatin yasir
( yang sedang wangi kerana pakai minyak wangi)

Saturday, February 13, 2010

cuti oh cuti....

salam...

sedar tak sedar dah masuk raya cine ( chinese new year) kali ni CNY aku agak saket jiwa sket...agak kecewa beb sebab aku dapat cuti sampai hari isnin je..... cuti ade job plak tu...huhuhuhu....takpe orang-orang tua selalu cakap... kerja kan satu ibadah(redha je lah yasir) huhuhuhu....so kali ni agak sakit sket...sebab 22 design....di ulangi 22 design...sebagai pelajar practikal yang agak senget ni...gua on je.....insya ALLAH sebelum dateline siap lah keje tu...huhuhu...so yasir...KEEP THE GEAR RUNNING......yeargH!!!!!!!!!!!! jom wat keje....



.......



main dota dulu lah baru wat keje...hehehehe



yang benar
chromatinyasir
(sangat malas)

Saturday, February 6, 2010

it's sunday morning

wah!!! hari yang paling aku nantikan...ahad(sunday) hari untuk aku rileks dan lepak sepuas-puasnya. aku tak tau lah...kenapa aku suke gile hari ahad ni. aku raselah hari ahad lah hari paling bermakna bagi orang yang berkerja..sebab hari ahad lah hari bersama family, kekasih, kekawan dan sape-sape lagi lah. Tapi ahad ni mcm kureng sket lah. pasal chenta hati agak jauh. so tak dapat lah spend time bersama dia( ish2 sabar yasir) . tapi takpe. esok pon ade job lagi. aku nak manjakan ombak125 aku.. sian dia dah 2 minggu tak basuh...esok aku mandikan dia dan mungkin hantar pergi servis.. kite setting sket.. baru aku pergi kerja cepat sket. hehehe...


so tak banyak bende berlaku hari ni. balek dari keje teman jap mister dol g pertama jap..betolkan hp adeq dia. tapi hampa pasal technician kedai hp tu tak datang. apelah nak meniaga wat care nak niaga...ish2...muka keluar dari pertama je dah mcm kicap basi aku tengok. layan corner kat dang wangi teros gerak balik. ingat nak pergi klcc petang sket. tengok cuaca pon dan semacam baru aku nak sarung seluar balik dah hujan. takpe lah. cabut balik tarik tilam teros. sedar-sedar dah pukul 8 dah. tengok hp ade miskol si chenta hati. sian dia aku tidor tak dengar dia call. lincah mandi siap-siap tungguh si angah lincah teros ke keramat. layan santap western kat keramat kedai western sebelah jusco au tu. ingat plan pas makan nak ronda-ronda KL. tapi tak jadi pasal member plak turun makan kat kg "lama" . lepak dengan diorang..kalau jumpe adib ngan are..memang berborak pasal camera lah.ish2...jeles plak tengok 35mm adib( kene beli ni yasir PERLU) ...tulah nak kumpul duit jugak. pasni try usha body d80 atau d200...angkat sekali ngan lense lah.. dalam kepala otak pikir lense 31mm + wide + 18-200mm + fish eyes + d200/d80 + sb900 = kombinasi mengegarkan urat saraf mata bila melihat hasil gambar... ish2 tak sabar aku nak start keje tetap pastu kumpul duit wat beli semua tu...tapi kene pikir jugak kete ni.. tergerak hati nak angkat honda EK...kene tunggu habis belajar dulu lah. baru buat target n wish list. pastu angkat 1 demi 1 sampai puas hati. otak aku masih keliru nak sambung degree kat mana...malas aku nak sambung kat UNI** , nak rasa jugak kehidupan sebagai college boy. erm... entah...nanti lah pergi servey web pasal U ni...tengok jam dah pukul 4 dah..patut lah mata rasa kelat je...main DOTA ni kadang-kadang sampai tak sedar dah 2 jam ngadap...ish2 nasib baik tak main WOW mau aku ngadap pc sampay sminggu tanpa sedar. ish2.... ok lah mata aku pon dah ngantuk...so aku update lagi k..

nota tempelan sekecik jiwa - baru ingat malam tadi nak layan event kat rumah pena dekat dengan DBDP...leh plak aku lupa...ish2...takpe lah next time...

yang ngantok
chromatin yasir
(dies not death)