Monday, July 26, 2010

kehidupan dan perjalanan

*gambar ketika aku shoot di bukit bintang bersama-sama kawan-kawan sifoo.com

Kehidupan..??? apa yang aku tahu tentang kehidupan. Perjalanan..??? kehidupan dan perjalanan atau perjalanan kehidupan. 2 perkataan yang membawa maksud yang berbeza bila kita terbalikkan sahaja. Dunia..!! aku senyum bila aku katakan aku masih bernafas dan boleh untuk fikiran apa yang aku mahu lakukan esok. Perjalanan hidup hanya akan berhenti bila kau hembuskan nafas kau terakhir di dunia. Ada orang yang meratapi nasib setiap hari dan tidak mahu berubah. Percaya aku mahu berubah setiap hari. Untuk aku jadi lebih baik esok hari. Kenapa kau lupakan yang semalam. Semalam adalah sejarah untuk kau jadi lebih baik untuk hari ini dan esok. Setiap manusia dah tertulis dari azali lagi perjalanan hidup nya. Cuma kita tidak dapat merasainya dan mengetahui. Itu rahsia Yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui segalanya. Mungkin malam ni aku agak emosi. Entah hidup aku cara aku. Kerana aku berfikir dari setiap penjuru apa yang aku lihat. Bukan aku fikir apa yang aku lihat sahaja. Tidak normal nya aku. Ini adalah aku!!!





yang benar
chromatinyasir
(cuba melihat dunia dari setiap segi kehidupan)

No comments: