Wednesday, March 24, 2010

hidup aku

mata buka bukan tanda bangun. mata kelip bukan tanda cergas. cuma kadang-kadang jasad bergerak tapi roh masih tinggal dalam dunia aku sendiri. Dalam dunia aku cuma ada aku dan imiginasi aku yang kadang-kadang membuat aku khayal dalam dunia sebenar. Kadang-kadang aku fikirkan apa yang kita perlu buat untuk hidup lebih bahagia. Aku suka jalan tika malam waktu itu insan yang bergelar manusia normal sedang tidur. Malam waktu paling tenang untuk aku berinspirasi. Tangan gegam pen dan buku. Aku coretkan sebuah inspirasi lukisan yang tak berstroke atau berprinsip. Ya itu memang gaya aku. Bebas membuat apa yang ku suka. Aku letakkan Agama sebagai batas dalam hidup ku. Supaya aku masih lagi di jalan yang diredhai bukan jalan yang dihina dan dimaki. Kalau aku masih dalam dunia khayalan ku. Biarkan aku masih lagi menanti saat untuk aku sedar dan berinspirasi sebanyak mana aku mahu. Kerana apa yang aku tahu dalam HIDUP AKU cuma aku dan cara ku. Kadang-kadang manusia perlu hormat manusia tapi kalau dah kurang ajar bukan tanda benci cuma memberontak tanda memberi. Bukan selalu angguk kadang-kadang perlu geleng tanda tidak setuju. aku hidup aku.


coretan tika ngantuk oleh aku
chromatinyasir

No comments: