Wednesday, January 28, 2009

senyum malam

malam

terima kasih malam. kau buat aku hanyut sebentar dari dunia realiti aku yang penuh dengan panca roba. aku genggam erat kata yang membunuh aku dari setiap segi kehidupan aku. mungkin aku gagah untuk menatap hari esok dan tak kan jatuh tersungkur dan terbaring tak bernyawa. telah aku diseru dan dihidup kan oleh ALLAH untuk jalani hidup mengikut takdir yang ditentukan oleh nya. takkan sekali aku sesali apa yang tertulis untuk aku. kala bulan makin hilang dari malam saat itu aku sedar yang aku perlu melangkah untuk hari seterusnya. saat aku langkah aku pasti tentukan adakah hari ini makin kelam seperti malam atau terang diterangi dengan kejayaan. bukan malam erti membunuh segalanya. malam buat aku tersenyum dan dan tenang untuk seketika. saat asap pembunuh jantung ku sedut perlahan. memang bodoh aku meracuni hidup aku perlahan dan perlahan. tapi aku sedar satu perkara hidup mati ketentuan tuhan. kita sujud pada nya dan kita pulang pabila dipanggil nya. langit biru kian datang. saat malam hilang tinggalkan aku dan menanti ku mencari ketenangan esok hari. saat itu aku senyum dan mula melangkah untuk hari baru. moga hari ini akan tenang ku jalani bagai malam yang tenang tanpa suara dan kata-kata nista manusia jiwa kosong..

yang benar
chromatin
(kata-kata malam monolog sendiri)

1 comment:

aku saja said...

dah tau asap tu pembunuh jantung yg ko isap pehal..?
mesti bengang aku sebok kan..
Hahaha.
peduli ape aku.