Tuesday, October 28, 2008

detik enam pagi

sejuk...lelah ku..
pagi nyaman..
mahu kebiruan langit..
ku bakarkan sebatang demi sebatang rokok...
tangan masih dikekunci huruf computerku..
masih ligat menari..
kadar waktu org  bingkas dari tidur..
kadar waktu kau,aku dan semua org..
tunduk menyujud yg maha esa..
waktu selepas azan yg mendamaikan ku..
ku bakarkan sebatang rokok lagi..
pijarkan mata yang mahu kelesuan
kau masih terbungkang bermimpi si puteri ayu..
aku masih mencangkung dikerusi yang sepatutnya diduduki..
peduli aku..
kerusi ku..
minda ini masih ligat kala waktu pagi merangkap perlahan membirukan langit..
aduh...
waktu ini patut aku tidurinya..
waktu ini patut aku dengkurinya..
waktu ini patut aku mimpikannya..
senang susah lenyap tatkala mata menutup lesu..
kau raja dalam mimpi mu..
kau hamba dalam alam mu..
aku melihat..
aku ketawa..
aku tersenyum..
tatkala badan ini menahan sejuk pagi ini..
ku capai tuala ku..
ku capai baldi mandianku..
segera ku ku susuli langkah ku..
yang mahu menyegarkan badanku..
agar mata ini masih sanggup melihat screen computer ku..
agar tangan ini masih ligat menekan kekunci keyboard ku..
detik enam pagi..
masih ada yang bangun meneruskan hidup ini..

yasiryahaya@chromatin

2 comments:

aku saja said...

boleh blah gak ayat ko kan?? hehehe :p

chromatin said...

harharhar haram