Thursday, November 18, 2010

Selamat hari raya aidil adha


Raya di Kuala Lumpur bersama Farouq. Banyak juga kali ni masjid Kampung Baru sembelih lembu. Lepas solat raya tumbang........erm!....sedar-sedar dah pukul 5 petang. Sungguh menarik untuk raya aidil adha kali ni.




yang benar
chromatin yasir
(sedih tak dapat balik raya haji)

Friday, November 12, 2010

preview custom album for wedding

preview of inside page

preview of inside page

preview of inside page

preview of album cover

TM
all the material is copyright under the extrumedia and chromatin design and photography

So ni lah antara kerja freelance aku. Wedding photography and sedia kan album yang telah di order oleh customer aku. So this time aku preview one of the custom album yang disediakan untuk pasangan mempelai. Bila aku ada masa terluang nanti aku akan upload custom album lain pulak. For custom album yang di edit oleh aku lebih kearah simple dan urban. Design dan editing akan keadaan majlis dan permintaan para mempelai. Kebanyakan customer yang di shoot oleh aku akan request custom album diorang something new and fresh. Kalau pasangan mempelai muda diorang akan request something yang unik , simple dan artistic.

Tapi buat masa sekarang aku hanya jalankan servis design dan editing. For photoshoot aku gantung camera buat sementara waktu kerana untuk focus main project yang aku jalankan bersama rakan karib aku. psst * itu rahsia so jangan tanya apa benda. will be revealed bile dah menjadi * . So untuk servis wedding photography boleh berurusan terus dengan mentor@sifoo aku Encik Din Spirits dan Encik Zaky Qursany atau korang boleh terus ke blog extrumedia dan boleh request for the package mengikut event atau majlis yang korang mahukan. Korang juga boleh baca tentang info dan services yang di tawarkan. Sambil itu boleh juga korang lihat gambar-gambar hasil kerja tangan sifoo@mentor aku. Jika korang nak request untuk servis aku boleh juga di request di sana dan sifoo@mentor aku akan cuba uruskan berpandu pada terma dan syarat. Di syorkan request for wedding better dijalan sebulan lebih awal supaya mengelakkan dari kepadatan jadual.


p/s - sorry aku sedang sibuk dengan project yang dijalankan maybe agak jarang meng'update' blog ye.




yang benar
chromatinyasir
(looking through the glass)

Monday, October 25, 2010

lightroom colour tone! best!





terpisat-pisat aku depan screen tiba-tiba datang plak idea nak adjust tone gambar-gambar yang aku selokar ni. So ni lah hasilnya. Sengih jugak bila dapat hasil camni. Aku malas nak gunakan muka orang lain. Aku guna muka sendiri lagi senang. Tak yah kredit atau bayar royalti pada orang tu. keh keh keh keh!!


p/s - ni tone ni aku amek preset dari internet dan adjust mengikut keadaan gambar. sekarang aku research tone yang sesuai untuk fashion picture dan conceptual art plak! agak sakit hati jugak tgk gambar-gambar pro photographer luar yang dapat tone gila gempak colour dia. cis sumpah aku jealous gila!. Aku akan usahakan untuk dapatkan tone tu!!!



yang benar
chromatin yasir
(mata berkaler-kaler)

Saturday, October 23, 2010

new hobby come with new friends

*picture taken from southern fix facebook. kredit tu duraath

Ok dude. " the best thing to do is ride with no brake" it is what i think!

Ni bukan propaganda atau ulasan untuk persidangan UMNO yang baru berlangsung kat PWTC tu. Aku bukan orang politik lah. For entry kali ni aku nak tunjuk hobby baru aku yang membuat aku addict dan tak reti duduk diam kaki tiap kali duduk. So This is Fixed gear. Sukan berbasikal yang memerlukan fokus yang tinggi dan tidak memerlukan brake yang proper dipasang di basikal.


Kenapa??...


Sebab Fixed gear menggunakan cog@prewel mati. So kaki tak boleh bersenang-lenang. Kene kayuh je! hehehehe...itu yang sangat syok dan thrill.

Apasal??...

Sebab aku suka lah aku beli basikal ni. keh keh keh keh

Bila??...

Aku beli basikal ni waktu pertengah bulan puasa. Banyak pancaroba jugak lah. Aku korbankan baju raya baru, seluar raya baru , dan macam-macam lagi.

Best??...

Sangat-sangat best sebab kita tak tau obstacle yang akan datang depan mata. Semua tu boleh berubah-berubah.

Ride dengan siapa??...

Kat KL ni aku ride dengan team Cog-roaches and most of the time Kitorang mash around KL kadang-kadang sampai bawa ke area PJ atau Damansara. Kitorang jugak ada buat hill-bombing di Bukit Tungku. Bila di JB plak aku akan ride dengan Pakyed walaupun berbeza setup bike tapi kitorang gembira(demm mcm blog bdk tadika)

Bila kau ride??...

Ok, Bila di KL aku akan ride pada hari jumaat malam. Sebab malam tu kira malam wajib bagi budak-budak yang berbasikal ni. Kitorang akan berkumpul di Pelita KLCC atau pun di Ampang Park LRT station around 9 p.m sebelum bergerak mash around.

so that's all for today, hari ahad pagi menaip ni adalah bende yang sangat tak best! Sebab bangun tidur menaip ni kadang-kadang datang idea kadang-kadang blur. huhuhu

so for blog yang menarik untuk mengetahui tentang fixed gear -

http://southernfix.tumblr.com/ - ni adalah blog southernfixed yang di moderate oleh Duraath

http://forum.grafa-design.com/ - forum untuk tanya dan jawab soalan tentang fixed gear di Malaysia

http://ratskl.wordpress.com/ - blog rats kl ( one of the fixed gear group yang kuat di KL )



p/s - bukan taknak tunjuk basikal aku, cuma yang biasa, buat lenjan dulu. sambil tu aku tengah kumpul untuk angkat yang lo pro dlu! hehehehe!!




yang benar
chromatinyasir
(brakeless)




Monday, October 18, 2010

maaf beribu maaf dari aku.

maaf sangat2 sebab aku dah lame gile tak update blog. Keadaan sekarang agak kucar kacir sebab aku tengah menstabilkan hidup aku. D40x jantung ku dah lame aku tak pergi mengganas sambil snapping conceptual style picture. Paru-paru ku Imac dah lama aku tak belek-belek alhamdulillah berkat bantuan housemate-housemate aku yang hensem dan kacak lagi bergaya, terima kasih kepada encik faroq sebab supply tenaga tambahan. Kepada encik bard k heaffy dengan senyuman lu format imac gua jadi tiptop, pergh terasa macam gua pakai honda civic 1.7 tapi dah bernadikan enjin k20 type r dc5.( pergh idaman kalbu tu ) ade bran??? ...target 5 years beb!! hehehehe!! ok back to bisnes!! lately agak busy dengan macam-macam hal! dengan waktu sebab kadang-kadang aku tak dapat pun sentuh mac aku ni pun. Selesaikan interview sana sini. Raya lagi. Chenta lagi. Rayuan pinjaman mara untuk buat potongan pinjaman pelajaran aku. Perkara paling best! convo aku beb! mak bapak aku muka bangga! chenta hati datang bagi bunga coklat! penyudah nye bos aku yang makan bunga coklat tu! sebab aku on diet for cycling. Ops...Lupe dah ade baby baru, tha blackie one with death cog! aku dah ade fixed gear dah! walau conversion bagi aku tetap menarik! thanks to ajib and geng cogroaches, kenalkan aku dengan lebih dalam dalam sukan fixed gear ni. Rasa-rasa nye leh jadi ke kuala lumpur messenger cam kat new york tu! ( tak dapat jack ) rumah aku dah tambah geng baru! baru meriah! hehehehe!!...ops lupa! Alhamdulillah susah payah cari kerja sambil buat freelance dimana-mana. Aku dapat kerja tetap di company book publisher. Menjawat jawatan paling cara... DTP artist @ desktop publisher artist handling cover and mostly book design. Walaupun gaji ditawarkan tak setinggi orang lain. Tapi aku tetap bersyukur Alhamdulillah rezeki Allah beri. Jalankan dan bersedekah semampu boleh. So after this most of my time will duduk mengadap pc di office. Insya Allah aku akan update selalu blog aku. Kapish...!! ( pengaruh godfather tak pernah habis )


p/s - Apa perkerjaan kita dapat dengan berkat usaha kita, terima sebagai pembelajaran ilmu baru bukan kerana tawaran wang ringgit. ( tu belakang cite beb)


yang benar
chromatinyasir
(Mula merangkak semula )

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Bulan mulia bagi aku

Salam

Sedar tak sedar dah setahun kita hidup seperti biasa. Ramadhan muncul kembali. Bagi ku Ramadhan lah bulan paling aku suka. Tak tau kenapa. Setiap tahun ramadhan muncul aku rasa macam best gila. Sebab bulan ramadhan ni lah. Hati aku tenang je. Enjoy je. Rasa setiap waktu aku jalani ibadah puasa tu bermakna je. Cuma tahun ni agak rasa sedih sikit kerana untuk tahun ke tiga aku mulakan puasa pertama aku tanpa family kerana tidak dapat balik kampung. Rindu aku nak berbuka puasa pertama bersama mama dan papa. Ish-ish...baru je dapat panggilan dari mama mengingatkan ku tentang puasa dan niat sebelum aku tidur. Rasa rindu dan teringat waktu aku kecil-kecil dulu. Sebelum tidur mama atau papa akan duduk sebelah aku dan suruh aku baca niat untuk puasa sama-sama. Ish-ish...tapi takpa 2 minggu sebelum raya aku dah balik. Tu yang best kerja freelance. waktu kerja ditentukan oleh diri sendiri. Ramadhan-ramadhan terima kasih Ya Allah kau berikan aku nafas untuk aku sambut ramadhan sekali lagi. Semoga tahun ini Ramadhan akan berikan aku nafas baru untuk terus berkarya dan terus berusaha untuk berjaya dalam hidup ku. So untuk bulan-bulan puasa ni. Aku terfikir untuk buat sesuatu yang best. hehehehehe. Kali ini aku akan update blog dan cerita tentang ramadhan dan bagaimana aku lalui nya di tempat aku duduk sekarang iaitu KAMPUNG BARU. erm...bagi yang duduk KL mesti tahu Kampung Baru adalah port untuk mencari juadah berbuka puasa. heheheh. So bagaimana keadaan Kampung baru waktu orang mencari juadah berbuka puasa. hehehehe...aku akan update blog aku dan sertakan beberapa keping gambar bagaimana keadaan orang mencari juada berbuka puasa k.

thanks to all dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

yang benar
chromatinyasir
(huiyo...puasa dah erk)

Monday, August 2, 2010

mata itu senyum atau ketawa?

see you and watching you!

see you and watching you in bright light


Entah dapat idea ketika pagi-pagi aku tak leh nak tido! berbekal kan rokok sebatang terjadilah idea bodoh ni!! hehehehehe





yang benar
chromatinyasir
(tepu)