Thursday, July 30, 2009

Bila kami mula berkerja

waktu aku berkerja



cik robie sdg pose maut

Mungkin bile korang tgk aku dan rakan-rakan ku buat photoshot mungkin korang akan cakap aku berbeza dari biasa. Tak tau lah mungkin aku jenis orang yg bila waktu berkerja itulah waktu aku berkarya. Aku sedar aku lah bukan seorang yang berkarya dengan canvas. Jika aku berkarya dengan seni digital painting adalah permainan aku. Nanti aku akan uploads kan hasil digital painting aku. sekarang ni pun aku masih sketch untuk aku jadikan digital painting. Salah satu hasil kerja aku, korang boleh lihat di http://chromatin.fotopages.com . Berbalik pada cerita tadi. disini aku tunjukkan waktu aku buat photoshot sesuka bersama dengan vocalist kumpulan pensil. ROBIE.. thanks cik bie. kau memang sempoi dan senang nak suruh kau pose. untuk dengar dan layan lagu pensil leh pergi ke http://www.myspace.com/pensilbox ... ok thanks


Wednesday, July 29, 2009

gamba ku part 1

minat ku pade fotografi telah lme ade.. sorry aku kurang uploads gamba2 ku d internet kerana tiada mase bz dengan assignment animation yg melambak dan waktu bersuke dgn kawan2 (hahahaha) dating ngan awek pon 1 jugak.. thanks to kedua mentor ku @ otai fotografi ku en zaki ( http://qursany.fotopages.com ) ngan
cik din spirits (http://spirits.fotopages.com) korunk jgk leh hang out kat web team aku yg di uruskan oleh mentor@otai ku cik din spirits . Sila usha di http://extrumedia.com ni ni adalah antara hasil kerja ku part 1 .




wedding photoshot di wangsa maju



JAJA and Hafiz wedding di shah alam
p/s pengantin paling sempoi..thanks korunk



Bard zero studio shot by me





Qayyum studio shot *fine art style (lighting)



Bard zero (housemate ku yg sntiase kne jdi mangsa experimental fotografi ku)

ini adalah sedikit hasil kerja ku.. yg selebihnya akan ku uploads kemudian... sekian..

yg benar
chromatinyasir
(dies not death)


Monday, July 27, 2009

sorry to all....aku dah lme xupdate blog ni...

sorry coz aku dah lme x update blog aku @ tmpt aku merepek ni..... coz aku bz bercuti sem dan bz ngan aku nye major project....finale last sem aku dan kali ni aku akan lakukan terbaek untuk final project aku @ major project aku..... pas ni aku akan slalu update blog aku ni dan crite ape yg berlaku hari ni... so today aku xbuat byk bnde...angkt dobi...g potong sluar jeans aku.... dah merebeh suar aku.....dah koyak bwh tu...hahaha...sok class aku pagi...pgi pebende...kol 12.30 tgh hri..hahaha..ptg tdi aku bru bce kosmo...crite tntang arwah yasmin ahmad...(Al-fatihah)..entah lah...mcm2 crite happens...bce dan maleh ambik port...so thats all for all...gud nyte...

Saturday, April 4, 2009

khayal

kala ini aku masih khayal melayan dunia ku sendiri..dunia cyber ku ini..masih lgi jari jemari ku ini ligat menekan setiap kekunci di keyboard ni..puas aku bermain didalam photoshop yang aku anggap sebagai taman permainan ku sendiri..akal dan fikiran mula beralih untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia ari ni..kdng2 kita xsedar yg buruk di sekeliling kita.....apa yang kita tahu , kita hidup dengan kehidupan kita sendri..tanpa pedulik tntang org laen..jgn jdi sellfish(jual ikan)
hehehehe...dunia-dunia...xhabes-habes dengan isinya yg buruk lebih bnyk dri baik..xsedar ke kita sebagai hamba pada yg maha segalanya..aku rse pon..otak aku semkin beku untuk menaip..tngan ini masih lgi ligat nk menekan mouse untuk membaca segala tntang isi dunia yg perlu aku tahu..byk membnyak tambah ilmu...


yang benar
chromatin
(dies not death)

Wednesday, April 1, 2009

kala jauh


Jauh perjalanan luas pemandangan
jauh nya cinta ku pergi untuk sementara...berpisah jasad berdua untuk sementara...daku relakn dikau pergi untuk menyiapkan permintaan pembelajaran dikau..daku setia menunggu mu disini..saat jari jemari ku sibuk menekan kekunci keyboard ku ini...sambil itu daku menghitung hari..aduh lamanya.. lgi 3 hari dikau pulang..cpt kan lah masa ini..agar aku cpt bersama si dia..saket juga bila berjauhan..hehehehe....segelap-gelap hati ku..masih ada cinta untuk kaum hawa...terima kasih sayang..dikau buka pintu ku ini smula untuk bercinta...setelah sekian lama...hati ku batu untuk menerima walaupun sekelumit cinta dari insan bergelar wanita..tapi dikau telah bukakan semula untuk aku menerima cinta skali lgi..daku harapkan kita bersama selamanya..owh ok..back to my black life...kali ni aku akan cuba serta kan photo setiap kali aku update blog aku ni..penat tpi berbaloi..sorry lah klu aku lmbt untuk update blog aku ni..coz byk bnde aku kne update...fotopages lgi..flickr lgi..hehehe..penat doh..hehehe..tpi xpe..coz this is my life...chromatin life back on the move..take everything interesting to put to show to make u read..life like rock and rolla...death never forget us...it's start with a blood...hehehe

Saturday, March 21, 2009

kala malam mata tercelik

saat bara rokok masih menyala dilitipi asap yang telah ku hirup dan ku hembuskan..kala malam masih sunyi dan tenang..saat itu aku menekan kekunci keyboard ku satu persatu..ku melihat keadaan sekeliling di luar...tenang setenang hati ku sekarang..kala itu aku tersedar dari lamunan ku..apakah ini yang kita manusia selalu impikan..mengapa ada yang rela serahkan segala pada dunia yg sudah ternoda dari manusia yang ankuh dan rakus memerah segala hasil yang ada..adakah hanya aku yang tersedar dari lamunan dunia serba moden ini...umur ku kian meningkat..dari kebudak-budakkan..akubelajar erti hidup..kenal erti kawan..kenal erti lawan..kenal erti kehidupan pura-pura...dan kenal erti kehidupan sebenar..realiti bukan indah..tpi perit sebelum menggapai keindahan...aku sedar dari dunia ku ni makin jauh aku melangkah..makin jauh aku meninggalkan rakan-rakan yang membesar bersama ku dahulu..maafkan ku..aku bukan seperti dulu...dunia kita dah mula berbeza..aku ada cita-cita untuk gu gapai..bkn untuk ku persia..saat aku bermula untuk menulis kisah hidup ku kerana kau sudah bermula berfikir tentang masa hadapan ku...bersama rakan-rakan yang paham erti perit kehidupan ku sekarang ni...aku mula melangkah menuju mencari cita0cita ku yang kau mula lihat dari sudut pemikiran dewasa ku..maafkan ku rakan jika dikau merasai yang aku sudah hilang dari sisi dikau..saat kita mula-mula menapak ke dunia..telah kita janjikan segalanya..tapi dikau lupakan dan mula mengejar kehidupan yang dikau anggap sejati dari mata tapi palsu dari dunia realiti..ayuh bangkit semula..kerana aku akan menanti dikau di permulaan jalan kita melangkah bersama..ayuh kawan..dikau takkan aku lupakan..kita sedarah selamanya...

Wednesday, January 28, 2009

senyum malam

malam

terima kasih malam. kau buat aku hanyut sebentar dari dunia realiti aku yang penuh dengan panca roba. aku genggam erat kata yang membunuh aku dari setiap segi kehidupan aku. mungkin aku gagah untuk menatap hari esok dan tak kan jatuh tersungkur dan terbaring tak bernyawa. telah aku diseru dan dihidup kan oleh ALLAH untuk jalani hidup mengikut takdir yang ditentukan oleh nya. takkan sekali aku sesali apa yang tertulis untuk aku. kala bulan makin hilang dari malam saat itu aku sedar yang aku perlu melangkah untuk hari seterusnya. saat aku langkah aku pasti tentukan adakah hari ini makin kelam seperti malam atau terang diterangi dengan kejayaan. bukan malam erti membunuh segalanya. malam buat aku tersenyum dan dan tenang untuk seketika. saat asap pembunuh jantung ku sedut perlahan. memang bodoh aku meracuni hidup aku perlahan dan perlahan. tapi aku sedar satu perkara hidup mati ketentuan tuhan. kita sujud pada nya dan kita pulang pabila dipanggil nya. langit biru kian datang. saat malam hilang tinggalkan aku dan menanti ku mencari ketenangan esok hari. saat itu aku senyum dan mula melangkah untuk hari baru. moga hari ini akan tenang ku jalani bagai malam yang tenang tanpa suara dan kata-kata nista manusia jiwa kosong..

yang benar
chromatin
(kata-kata malam monolog sendiri)